Wednesday, February 24, 2010

BAJU BARU.....

Best kan tadi kita pegi Jalan Kenanga.Fuh...Macam2 ada kat sana baju lelaki,pempuan dan kanak2.Aku berani jamin siapa yang pegi mesti rambang mata punya.Yela warna dah la pelbagai tu belum jenis baju yang banyak.Tapi kat situ kena beli banyak2 sekali gus tak boleh beli 1 @ 2 je paling kurang kena beli 4 ke atas.Kalau nak best mestilah shopping ngan sedara mara.Bulan 12 ari tu aku ngan family aku pegi kelate..Naik kapal terbang best tapi aku bukan 1 time naik kapal terbang pun dan lebih dari 2 kali tapi ayah aku nak bagi adik bongsu aku rasa.Yela dia asyik bising nak naik kapal terbang so ayah aku bagi lah dia naik.Kat kelantan aku pegi umah mak sedara aku.Kat sana aku rasa seronok sangat sebab aku boleh beli macam2 jenis pakaian.Bapak sedara aku bawak aku pegi rantau panjang untuk shopping.Sampai je kat sana aku jadi rambang mata yela semua harga RM25-RM40 kira murah la kalau kat KL jangan harap nak dapat harga macam tu paling2 kurang mesti RM50 tu pun dah kira murah la.Yela sini baju dari Thailand tapi KL tu baju original punya bukan cetak rompak. NO PIRATE OK...Aku ngan sedara aku round la kat situ sambil tengok kalau2 ada baju ke seluar yang berkenan tapi dah rambang mata so kitaorang tawar menawar la dengan kakak atau abang kat situ.Aku yang tak reti kecek kelate pun bantai je tapi sedara aku cakap ok la boleh tahan campur aduk la sikit jadilah ABC(air batu campur)hahaha...hari tu amat bermakna buat aku sebenarnya sebab ayah aku akhirnya perkenankan permintaan aku untuk beli sweater baru yippy..Sweater MU tau so jangan nak hina MU kat sini ye this is MU private corner.Hahaha...Apapun aku gembira dapat keluarga yang happening macam ni.Moga keluarga aku lebih dirahmati Allah...AMIN.....


HARI YANG TERBAIK BAGIKU......


Hai,hari ni mood aku agak baik la .Semalam aku chat ngan kawan lama aku,Ekin.Lama gak aku tak dengar khabar dia so semalam aku chat la ngan dia sekejap.Apa-apa pun best gak chat ngan dia sebab dia tu sporting sikit.Kalau aku mintak pendapat dia mesti bagi cadangan nya.Eh ko kenal ke Ekin tu?Aku rasa aku tak penah kenal kan ko dengan dia sebab ko tak penah tanya.eh lupela pulak ko tu kan dah lama tak jumpe aku.Ok2 jangan nak meraung-raung depan aku malasla aku nak pujuk ko ni bukan ape rahsia sikit pun ko nak tahu. Sekarang aku citer kat ko siapa sebenarnya Ekin tu.Nama dia NORASHIKIN BT ABDULLAH.Dia belajar kat MRSM TERENDAK sama ngan aku start dari form1 lg tapi aku start kenal dia waktu form3 apabila dia selalu kacau Nassrul kawan aku so aku tau la serba sedikit perangai dia dari Nassrul.Lagipun Dia kawan rapat Ika.Aku kenal Ika pun start form3 apabila aku duk sama kelas ngan aku iaitu 3B3.Ika masa tu jadi pujaan setiap lelaki kat sekolah aku mana tak nya dah kata dia cun.So ramai lacuba tackle dia tapi tak dapat sebab dia ni jenis jual mahal sikit tapi bagus la bukan nya macam pempuan yang semua lelaki dia nak bantai.Sambung citer pasal Ekin balik.Ekin ni cita-cita nak jadi DOCTOR.Aku cuma doakan dia berjaya suatu hari nanti bley kita pegi klinik dia pastu mintak diskaun sikit.STUDENT PRICE...Hehehe tapi ko tak layak sebab ko tu kalau sakit kena ubat sendiri sebab ko tu degil tak nak dengar cakap aku.
Aku harap tercapai la cita-cita dia nak jadi Dr. agar aku leh la gelar dia Dr. Norashikin.Hehehe....Jangan risau nanti aku pun nak jadi orang hebat setaraf ngan David Beckham and Cristiano Ronaldo.Aku nak orang iktiraf aku walaupun pada asalnya orang tak pernah kenal aku sebab aku nak jadi lebih dari perdana menteri bak kata kartun yang aku suka NARUTO....
Naruto:Someday I will be Hokage.I don't care what anyone tell about me but I will be a Hokage that my dream and a true ninja will not go back on it's word.
TO BE A HOKAGE.......

INILAH KAWAN AKU SELAMANYA....

 
  

KERETA BARU.....

Ayah ku hendak beli kereta baru.Kereta apa ek..Entahla kejap dia kata Mercedes kejap BMW aku ku pun tak tahu.Dia kata nak try BMW 523i atau 525i entah la tapi aku rasa macam BMW 525i tu lebih baik dari 523i.Tapi yela dah kata lebih baik mestilah lebih mahal aku pun tak tahu bukan duit aku tapi nanti aku yang naik jugak kereta tu.Kalau aku tak suka macam mane nak naik nanti aku jadi malas nak naik kereta tu ayah aku pulak yang hangin nanti.Yela nanti dia cakap dia dah mintak pendapat aku tapi aku pulak yang tak nak bagi cadangan pastu aku pulak yang tak suka.Sekarang dia minat kat mercedes la pulak,dia kata C200 atau E200.Aku tengok kalu design tu mestilah C200 tapi kalau hebat dan megah tu mestilah E200.Tapi harga C200 tu murah la sikit cuma RM280,000.



BMW 525i


 

MERCEDES E200

Tuesday, February 23, 2010

Hari Jadi Adikku

Semalam ialah hari jadi adikku yang ke-10 jadi dia sungguh gembira.Aku pun tak ingat sebenarnya yela aku lupa hari jadi adikku dalam kalendar islam ialah 2 hari sebelum hari jadi NABI MUHAMMAD S.A.W. so aku lupa lah tapi itu tak bermakna aku lupa hari jadi nabi yek.Aku pun tak ingat bila sebenarnya hari jadi aku dalam kalendar islam sebab aku kurang prihatin pasal benda ni sebab tahun lepas aku tak dapat hadiah hari jadi pun dari sesiapa kecuali kawan rapat aku kat MRSM TERENDAK iaitu SYAHMI nama pun dah nak sama dengan aku kan apa nak buat dan nasib tahun lepas aku tak dapat hadiah yang banyak nak wat cam mane.Tapi jadi aku gembira la jugak orang tetap tak lupa hari jadi aku terutama family aku.Aku juga jadi raja sehari kat kelas aku yela birthday boy la katakan.Hehehe...Best gak ye jadi raja ni.Eh berangan pulak aku bukan ada darah raja so aku memang tak leh jadi raja macam mane raja lain tapi kahwin dengan puteri raja boleh kot.Hehehe....Gatal la pulak aku ni.Bukan apa berangan tu takpe tapi jangan sampai ia kawal diri kita betul tak.Aku seronok apa berangan kerana nanti aku akan pastikan angan-angan aku jadi kenyataan itulah cara aku.ANA INSAN BIASA TAPI MAMPU MENJADI LUAR BIASA.Itulah moto dalam hidup aku bukan nya RNZ ke ape ye.Hehehe....



BELAJAR NI KENA MUJADAH BARU BARU KITA DIGELAR MANUSIA YANG BERJAYA.
NAWAITU KENA BETUL BELAJAR NI LILLAHITAALA BARU ADA KEBERKATAN INNA A'MALU BIN NIAT